KESAN LETUSAN GUNUNG BERAPI RUANG DI UTARA SULAWESI, INDONESIA TERHADAP RUANG UDARA NEGARA BRUNEI DARUSSALAM 19 APRIL 2024

19 Apr 2024

Pada pukul 9.45 malam waktu tempatan pada 16 April 2024, Gunung Berapi Ruang di Sulawesi Utara, Indonesia, dengan ketinggian 725 meter dari paras laut telah meletus dan mengakibatkan pembentukan awan debu serta menjejaskan kualiti udara dan jarak penglihatan di beberapa kawasan berdekatan.

Berdasarkan maklumat terkini yang diterima daripada Darwin Volcanic Ash Advisory Centre pada pukul 1.30 petang waktu tempatan pada hari ini (19 April 2024), awan debu dari gunung berapi tersebut tidak ada dikesan di ruang udara Negara Brunei Darussalam.

Jabatan Kajicuaca Brunei Darussalam akan mengongsikan maklumat terkini mengenai status letusan Gunung Berapi Ruang yang diterima daripada Darwin Volcanic Ash Advisory Centre, jika ianya dijangka akan menjejaskan ruang udara Negara kita.

Untuk maklumat terkini juga boleh diperolehi dengan menghubungi peramal cuaca yang bertugas di Pusat Ramalan Cuaca, melalui Talian Cuaca 114.