News & Events

NOTIS: GANGGUAN TALIAN CUACA

30 Sep 2021

NOTIS
GANGGUAN TALIAN CUACA

Kami ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa sebagai langkah berjaga-jaga dan bagi memberikan laluan untuk kerja-kerja sanitasi di Pusat Ramalan dan Stesen Meteorologi di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei Talian Cuaca 114 dan Hotline 2345567 tidak akan beroperasi pada hari Jumaat, 1 Oktober 2021 bermula dari pukul 8 pagi hingga 5 petang dan akan kembali beroperasi seperti sediakala selepas itu.

Walaubagaimanapun, semasa tempoh kerja sanitasi berlangsung, orang ramai boleh menghubungi peramal cuaca di talian 2336777.

Kami akan tetap komited untuk memberikan khidmat kami kepada awda dan juga dalam menjaga keselamatan
kakitangan, pelanggan dan juga seluruh komuniti semasa keadaan waktu yang mencabar ini.

Terima kasih atas sokongan dan kefahaman awda.

Dikeluarkan pada 29 September 2021.